My Add

Friday 15 March 2013

Jangan beri muka kepada pembangkang

KUALA PENYU, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Rakyat yang bijak dan enggan melihat kemusnahan negara ini tetapi ingin terus menikmati kesejahteraan, keharmonian serta kemakmurannya tidak akan memilih pembangkang.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih berkata, kerjasama pembangkang akan hanya membawa pengaruh buruk kepada rakyat dan impaknya amat teruk iaitu membuatkan rakyat kehilangan segala yang dinikmati sekarang.

"Buktinya dapat dilihat sekarang apabila mereka langsung tidak mempedulikan soal perpaduan dan persefahaman kaum, malah sentiasa berusaha meyakinkan rakyat tentang pembohongan yang mereka tabur," katanya selepas merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melampai, di sini hari ini.

Tambah Isnin yang juga Pengerusi Barisan Nasional Beaufort, pembangkang tidak menganggap rakyat sebagai aset tetapi sebaliknya sebagai alat untuk diperguna dan diperbodohkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment