My Add

Sunday 24 March 2013

Jelajah Janji Ditepati berakhir, PM mohon mandat 5 tahun lagi

 *NAJIB Tun Razak bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob
 merasmikan kemuncak siri Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Kuantan malam tadi.
 - BERNAMA
 *KIRA-KIRA 80,000 orang ramai hadir pada program Jelajah Janji Ditepati edisi
terakhir di pekarangan Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, Kuantan malam
tadi. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

Oleh HERMAN HAMID dan SHOFI MAT ISA
KUANTAN, AHAD, 24 Mac, 2013: Program Jelajah Janji Ditepati berakhir malam tadi dengan Perdana Menteri menyatakan permohonan kepada rakyat agar memberi mandat kuasa lima tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, permintaan kepada rakyat itu adalah berdasarkan janji-janji BN yang sudah pun ditepati oleh parti itu.

Pada masa yang sama, beliau berharap rakyat tidak tertipu dengan janji-janji pembangkang yang menawarkan bulan, bintang dan syurga kerana terbukti janji mereka itu tidak ditepati.

Perdana Menteri yakin, sekiranya rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN, masa depan Malaysia terus bersinar menjadi sebuah negara berjaya dan unggul.

Berucap pada siri terakhir JJD di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 80,000 orang di pekarangan Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini, Najib berkata:

"Kalau kita dapat menyeberang jambatan melintas sebelah sana (menang PRU-13), saya yakin dengan mandat baru ini, kerajaan akan melakukan lebih baik lagi untuk lima tahun akan datang. Dalam tempoh empat tahun ini pun kita dapat lihat banyak kejayaan.

"Kerajaan pimpinan BN berjanji ke pada rakyat Malaysia, beri kita lima tahun yang akan datang, kita akan buat lebih hebat lagi. Kita akan bekerja bersungguh-sungguh." - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment