My Add

Tuesday 12 March 2013

Jelaskan isi surat Mohd. Fareez

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PULAU PINANG, ISNIN, 11 Mac, 2013: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta menjelaskan kandungan surat yang dibangkitkan oleh Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal baru-baru ini.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sebagai presiden parti yang 'berkuasa', Wan Azizah tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan perkara itu terus diperkatakan ahli parti berkenaan.

"Kalau surat itu satu pembohongan, Wan Azizah harus tampil menafikannya kerana menjadi tanggungjawab beliau berbuat demikian.

"Seterusnya, saya mencabar Wan Azizah supaya mengheret Mohd. Fareez ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana telah memburukkan parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment