My Add

Saturday 23 March 2013

Kalimah Allah: Guan Eng diminta tanda tangan surat

 *BERATUS-ratus ahli pertubuhan Islam Pulau Pinang berarak dari hadapan
 Masjid Simpang Enam menuju ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri bagi
 membantah isu kalimah Allah, di Komtar, Georgetown hari ini. - UTUSAN

Oleh:MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang menghantar sepucuk surat untuk ditandatangani oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Surat itu disampaikan oleh Presiden Warisan Anak Merdeka, Abdul Ghani Harun kepada wakil Ketua Menteri, Watawa Nataf Zulkifli bagi mendapatkan tanda tangan Setiausaha Agung DAP itu dalam tempoh dua minggu.

Abdul Ghani berkata, beliau mahu Guan Eng membaca dan memahami isi kandungan surat tersebut dan kemudian menurunkan tanda tangan serta tidak mengulangi keceluparannya yang boleh mencetuskan kemarahan uamt Islam seluruh negara, terutama di Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment