My Add

Wednesday 27 March 2013

Kerajaan sasar lima juta pelancong ke Langkawi tahun ini

Oleh SAHBULAH DARWI
LANGKAWI, RABU, 27 Mac, 2013: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, kerajaan mensasarkan kehadiran seramai lima juta pelancong tempatan dan antarabangsa ke Langkawi sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 yang sedang berlangsung hingga Sabtu ini adalah antara acara terkemuka dunia yang menarik kehadiran pelancong ke Pulau Legenda itu.

"Malaysia kini menduduki tempat ketujuh di dunia sebagai negara yang menjadi tumpuan pelancong membeli belah manakala Langkawi pula berada dalam kedudukan 10 terbaik dalam destinasi pelancongan dunia," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pameran Pelancongan Sempena LIMA 2013 oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di perkarangan bangunan LADA, di Kuah di sini malam tadi.

Yen Yen berkata, sasaran lima juta pelancong hingga penghujung tahun ini boleh dicapai berdasarkan rekod tahun lalu yang menyaksikan sebanyak 2.5 juta pelancong berkungjung ke pulau tersebut.

Menurut beliau, penduduk Langkawi perlu sentiasa berusaha membantu mencapai sasaran kehadiran jumlah pelancong itu dengan terus mengekalkan kebersihan dan sikap ramah mesra.

Katanya, kehadiran pelancong amat penting memandangkan ia mampu menjana ekonomi kepada negara dan rakyat, khususnya penduduk tempatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment