My Add

Friday 8 March 2013

Kes saman fitnah Lynas Corporation didengar di Kuantan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan saman fitnah Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) terhadap enam pihak berhubung artikel berunsur fitnah, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan kedua-dua syarikat tersebut.

Kuorum berkenaan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang berpendirian bahawa forum yang sesuai mendengar kes saman itu adalah di Kuantan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment