My Add

Wednesday 27 March 2013

LIMA lonjakkan industri pelancongan negara - Yen Yen

Oleh SOFIAN BAHAROM
LANGKAWI, SELASA, 26 Mac, 2013: Kementerian Pelancongan akan terus berganding bahu dengan Kementerian Pertahanan untuk mempromosikan industri pertahanan di negara ini termasuk melibatkan diri dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, selain membuka gerai di pameran tersebut, rangkaian antarabangsa turut dibina bersama wakil-wakil negara luar bagi mengembangkan lagi identiti dan kebudayaan Malaysia.

"Kerajaan melihat kejayaan LIMA sebelum ini berjaya menarik perhatian dunia untuk berpusat di pulau bersejarah ini.

"Perkara ini merupakan peluang kepada kita untuk meningkatkan kerjasama strategik serta bertukar pandangan dalam hal ehwal pelancongan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertunjukan udara LIMA 2013 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment