My Add

Wednesday 27 March 2013

Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' hanya slogan kosong Pas

LANGKAWI, SELASA, 26 Mac, 2013: Slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' yang dilaungkan kerajaan negeri dipimpin Pas itu hanya sekadar slogan kerana selepas lima tahun mentadbir tidak ada apa yang dapat dibanggakan mereka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sebarang pembangunan yang ada sejak 2008 hingga sekarang merupakan kesinambungan usaha kerajaan BN terdahulu dan projek baharu pula adalah inisiatif kerajaan pusat yang tidak mahu melihat rakyat di Kedah tercicir.

"Kerajaan janji sejahtera, tak nampak sejahteranya. Apa kerajaan buat dalam tempoh lima tahun ini. Orang cerita masalah perumahan, peluang pekerjaan, pembangunan dan macam-macam. Selepas lima tahun mana sejahteranya," katanya selepas menghadiri Program Penggerak PRU-13 Bahagian Langkawi di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment