My Add

Wednesday 27 March 2013

LIMA terbukti berperanan penting

 *DR. Mahathir Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
 Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada
 perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013, semalam. - BERNAMA

LANGKAWI, SELASA, 26 Mac, 2013: Peningkatan penyertaan firma-firma dan syarikat dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 membuktikan kepentingan dan peranan besar pameran dwitahunan itu terhadap kemajuan industri penerbangan serta aeroangkasa di rantau ini.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau pada awalnya menjangkakan berlaku penurunan bilangan syarikat menyertai pameran edisi ke-12 tersebut ekoran kegawatan ekonomi global.

Sebaliknya kata beliau, perkembangan positif yang berlaku ialah jumlah penyertaan meningkat sebanyak lapan peratus berbanding LIMA 2011.

LIMA 2013 disifatkan Dr. Mahathir lebih maju sekalipun ketika Eropah dan Amerika Syarikat sedang berhadapan kegawatan ekonomi.

"Penyertaan bertambah kerana Asia kini menjadi pasaran terbaik untuk industri berkaitan pertahanan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan pertunjukan udara sempena pembukaan LIMA 2013 di landasan kapal terbang di hadapan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

LIMA 2013 menyaksikan penyertaan 52 buah negara iaitu kenaikan sebanyak lapan peratus penyertaan syarikat-syarikat berbanding edisi sebelum ini.

Pameran kali ini melibatkan disertai 226 syarikat tempatan yang mewakili 52 peratus penyertaan sementara baki sebanyak 48 peratus pula mewakili 207 syarikat dari luar negara.

Dr. Mahathir yang mencetuskan idea penganjuran pameran berkenaan pada tahun 1991 juga optimis, LIMA akan terus berkembang kerana ia merupakan platform terbaik kepada pengusaha industri pertahanan mengenengahkan produk terbaharu mereka.

"Mereka akan memperkenalkan lebih banyak produk dan pesawat baharu, jadi mereka harus menyertai LIMA jika ingin memasarkannya," ujar Dr. Mahathir lagi.

Pada masa sama, Dr. Mahathir juga yakin penganjuran LIMA tidak akan dipindahkan ke lokasi lain kerana pulau legenda itu memiliki kemudahan mencukupi untuk menganjurkan pameran udara dan maritim secara serentak.

Menurut beliau, penganjuran di pulau pelancongan itu tidak mengganggu aliran trafik seperti penutupan lapangan terbang bagi membolehkan pertunjukan udara diadakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment