My Add

Wednesday 27 March 2013

Jejaki individu salur wang ke Jolo

 *BEBERAPA anggota polis bermesra dengan kanak-kanak ketika membuat
rondaan di sekitar Pasar Semporna bagi menjamin keselesaan dan
keselamatan orang ramai, di Semporna, Sabah, semalam. - Utusan/ABDUL
 RAZAK LATIF

LAHAD DATU, SELASA, 26 Mac, 2013: Tanda tanya mengenai siapakah dalang di sebalik tragedi pencerobohan berdarah di Sabah semakin terungkai apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku aktiviti penyaluran wang kepada kumpulan pengganas Kiram di Pulau Jolo, Selatan Filipina.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang mengesan beberapa individu di Semporna dan Sandakan yang terlibat mengirim wang bagi membiayai dan membantu pengganas tersebut.

Beliau berkata, kegiatan individu yang disifatkan sebagai pengkhianat negara itu sedang dipantau rapi dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment