My Add

Saturday, 16 March 2013

Lonjak kebolehpasaran siswazah

 *MOHAMED Khaled Nordin (tengah) bersalaman dengan sebahagian pelajar
 selepas pada majlis pelancaran ICoE Bioteknologi diManipal International
University di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
SEREMBAN 15 Mac - Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah satu lagi langkah kerajaan bertujuan meningkatkan tahap kebolehpasaran siswazah dalam industri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ICoE adalah kerjasama antara institusi pengajian tinggi (IPT) dengan pemain industri yang antara lain bertujuan melahirkan siswazah yang benar-benar menepati kehendak pasaran.

Beliau berkata, kerjasama itu diharap dapat memastikan kesesuaian yang berterusan antara sukatan pelajaran dengan pembangunan industri serta pembangunan dan penyelidikan di samping menarik komitmen industri yang lain untuk turut serta dalam membangunkan ICoE dengan IPT. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment