My Add

Saturday 16 March 2013

Jamalul Kiram III jangan gugat keselamatan'

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Ketua kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna, Sabah, Jamalul Kiram III diingatkan tidak berterusan cuba mengganggu-gugat keselamatan negara ini.

Presiden Pakatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pro-Barisan Nasional (BN), Zulkarnain Mahdar berkata, perkara itu memandangkan tindakan kumpulan tersebut telah membangkitkan semangat patriotisme rakyat bukan sahaja di Sabah malah Sarawak dan Semenanjung.

"Jangan ingat orang Malaysia pengecut, kami tidak pengecut walaupun kita selalu bertolak ansur dan mencapai kemerdekaan melalui perundingan.

"Kami dengan kira-kira 125,000 ahli bersedia berjihad dan berjuang sekiranya mereka masih mahu menakluk Sabah. Senarai nama sudah ada, kita akan mohon keizinan bagi masukkan ahli dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk berjuang bersama pasukan keselamatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment