My Add

Sunday 17 March 2013

Malaysia sedang usaha ekstradisi Azzumudie dari Filipina

HISYAMUDDIN AYUB
LAHAD DATU, SABTU, 16 Mac, 2013: Pasukan keselamatan sedang mengumpul bukti untuk mengekstradisi ketua pengganas Sulu, Azzumudie Kiram dari Filipina melalui saluran khas untuk tujuan pendakwaan di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menegaskan, Malaysia boleh menggunakan kaedah itu kerana kerajaan Filipina juga tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan pengganas Sulu itu.

"Jika dia (Azzumudie) berada di sana (selatan Filipina) sekali pun, dia tidak akan terlepas daripada didakwa kerana menceroboh kedaulatan negara ini dan melakukan kekacauan menggunakan senjata.

"Tindakan yang akan diambil itu boleh memberi keadilan sewajarnya atas tindakan ganas kumpulan itu hingga mengakibatkan sembilan wira negara terkorban dan kemusnahan harta benda orang ramai," katanya dalam sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment