My Add

Sunday 3 March 2013

'Mana janji PKR Selangor?'
 
 *SEKUMPULAN wanita mengadakan demonstrasi aman menuntut elaun khas bagi suri rumah yang dijanjikan kerajaan PKR Selangor dalam manifesto PRU-12 di Bandar Baru Selayang, Selangor, semalam.

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID
KUALA LUMPUR, SABTI, 02 Mac, 2013: Kerajaan negeri Selangor jelas telah menipu rakyat kerana sehingga kini masih gagal menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 untuk memberikan elaun khas kepada ibu yang memilih menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sikap yang ditunjukkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politik.

Beliau berkata, kebanyakan janji tidak dapat dilaksanakan, malah tergamak mengatakan manifesto pilihan raya bukan janji untuk ditunaikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment