My Add

Wednesday 27 March 2013

Misi kemanusiaan Aman Palestin selamat tiba di Kaherah

Oleh GAMAL NASIR MOHD ALI
KAHERAH, RABU, 27 Mac, 2013: Rombongan Misi Kemanusiaan Gaza anjuran Aman Palestin Berhad selamat tiba di sini awal pagi ini selepas perjalanan selama lebih 11 jam menaiki dua pesawat dari Kuala Lumpur.

Rombongan 18 orang ini termasuk enam doktor pakar akan bertolak dengan menaiki bas untuk ke sempadan Mesir-Palestin sebelum terus ke destinasi terakhir, wilayah Gaza.

Misi kemanusiaan yang ke-14 pada tahun ini disifatkan sebagai terpenting memandangkan ini julung-julung kali Aman Palestin menghantar pasukan pakar perubatan ke wilayah yang dikepung dan disekat oleh rejim Zionis Israel.

"Jika misi kali ini berjaya dalam melaksanakan rawatan dan pembedahan untuk penduduk Gaza, lebih banyak misi seperti ini akan diusahakan memandangkan rawatan seperti ini amat diperlukan di Gaza.

"Ketika kami umumkan rancangan menghantar kumpulan pakar perubatan ini, banyak pihak menunjukkan minat yang tinggi untuk turut serta. Saya yakin Aman Palestin akan dapat menghantar kumpulan pakar perubatan lain pada masa hadapan," kata ketua misi, Anas Abdul Wahab di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment