My Add

Sunday 3 March 2013

MTRK buat laporan polis terhadap pemimpin pembangkang

MACHANG, AHAD, 03 Mac, 2013: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Machang hari ini membuat laporan polis terhadap pemimpin pakatan pembangkang dalam isu pencerobohan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.

Laporan dibuat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presidennya, Tian Chua dan bekas Naib Presiden, Datuk Dr. Jeffry Kitingan.

Kira-kira 100 ahli pertubuhan tersebut berhimpun secara aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sini bagi menuntut siasatan segera dakwaan penglibatan pemimpin terbabit dengan insiden berdarah di Lahad Datu.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, tindakan Tian Chua mengeluarkan kenyataan pertempuran di Lahad Datu merupakan satu lagi sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

"Saya selaku Pengerusi MTRK Daerah Machang yang mewakili kira-kira 1,000 ahli meminta polis melakukan siasatan menyeluruh mengenai kenyataan Tian Chua.

"Ia merupakan satu tindakan pengecut, pengkhianat dan penderhaka kepada negara Malaysia serta tidak menghormati jasa dan pengorbanan polis serta sensitiviti ahli keluarga polis yang meninggal dunia selepas insiden tersebut," katanya di sini hari ini - UTUSAN

No comments:

Post a Comment