My Add

Sunday 3 March 2013

Minda Pondok buat laporan polis terhadap Tian Chua

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
KOTA BHARU, AHAD, 03 Mac, 2013: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok bersama guru al-Quran Parlimen Kubang Kerian hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung insiden Lahad Datu yang didakwanya sebagai sandiwara dan konspirasi UMNO.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Binjai dekat sini kira-kira pukul 10 pagi ini, diketuai Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz dan dihadiri hampir 50 orang penyokong.

Mohd. Syamsul berkata, Tian Chua seolah-olah mencuri kesempatan di sebalik insiden Lahad Datu untuk kepentingan politik pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan memburukkan kerajaan yang ada.

"Ini satu kenyataan biadap, yang tidak bertanggungjawab daripada seorang Ahli Parlimen yang hanya lebih mementingkan politik semata-mata tetapi tidak peka soal keselamatan dan keamanan negara.

"Sebagai Ahli Parlimen, Tian Chua tidak sepatutnya mempolitikkan insiden tersebut dengan membuat sebarang dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment