My Add

Wednesday 27 March 2013

Negara kehilangan cendekiawan Islam disegani


Oleh ROSALINDA MD.SAID
KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Pemergian cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, yang kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung semalam disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini kerana Tokoh Maal Hijrah 2005 itu merupakan seorang pemimpin yang begitu banyak menyumbang kepada kemajuan Islam di Malaysia.

"Allahyarham merupakan cendekiawan yang bukan saja terbilang dalam soal Islam di Malaysia, tetapi amat dihormati di seluruh dunia.

"Kepakaran dan komitmen tinggi ditonjolkan beliau dalam mempertahankan kedaulatan agama sekali gus berjaya menangkis dakyah-dakyah yang tidak benar tentang Islam dari segi akidah, kerohanian, akhlak, budaya dan falsafah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran aplikasi halal, Halal Square di sini hari ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia di rumahnya di Persiaran Duta, di sini kira-kira pukul 7.30 malam semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment