My Add

Sunday 10 March 2013

Nik Aziz diminta serah soal royalti kepada jawatankuasa khas

KOTA BHARU 10 Mac, 2013: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya meletakkan sepenuhnya perihal royalti minyak kepada Jawatankuasa Khas Petroleum yang telah dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata, Nik Abdul Aziz sendiri telah bersetuju dengan jawatankuasa khas
itu apabila turut meletakkan wakil beliau, justeru sebarang tindakan provokasi
menggunakan sentimen rakyat tidak diperlukan.

"Menteri besar ini pada mulanya tidak setuju dengan jawatankuasa itu tetapi
selepas itu bersetuju dan meletakkan wakilnya sendiri di dalamnya untuk
bermesyuarat.

"Tetapi selepas itu, beliau melepaskan konvoi NGO-R di seluruh negeri
termasuk Jeli apabila mereka pergi ke dua masjid, jadi persoalannya kalau
anda seorang Menteri Besar sudah bersetuju dengan Pusat, ada wakil dan
mesyuarat telah berlangsung kenapa masih mahu lancarkan konvoi NGO-R.

"Jadi kalau ada masalah kita bincang, kalau tidak setuju jangan timbulkan
kemarahan rakyat, tak pasal-pasal rakyat marah pada Pusat, marah kepada
saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penjelasan Isu-Isu Semasa
bersama penjawat awam di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment