My Add

Sunday 10 March 2013

Rumah lokasi pengganas serang polis akan diroboh

 *KETUA Kampung Simunul, Ramlee Saraman (kanan) menunjukkan beberapa
 buah rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas Sulu 
dalam tinjauan ke kampung itu, di Semporna, Sabah hari ini. - UTUSAN/RIDUAN 
RIZAL AHMAD
SEMPORNA, AHAD, 10 Mac, 2013: Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripadanya yang menjadi lokasi pengganas Sulu menyerang hendap sehingga meragut nyawa enam anggota keselamatan, minggu lalu.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu hanya akan dilakukan pihaknya sebaik sahaja mendapat laporan daripada polis bahawa pemilik rumah tersebut bersekongkol dengan pengganas Sulu.

"Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi.

"Enam buah lagi merupakan rumah yang berhampiran kawasan kejadian tidak diketahui penghuninya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, sehingga ke hari ini penghuni di sembilan buah rumah itu masih tidak dapat dihubungi dan tidak pulang rumah masing-masing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment