My Add

Tuesday 19 March 2013

NTP digubal tingkat kesejahteraan rakyat secara terancang: PM

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Mac, 2013:: Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif GTP, ETP, NKRA, NKEA, EPP dirangka serta digubal bagi meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia secara terancang.

Perdana Menteri berkata, rakyat serta semua pihak yang berkepentingan boleh menyumbang melalui proses rundingan menerusi makmal yang diadakan dalam proses pembentukan GTP dan ETP.

“Semua prakarsa (inisiatif) ini, tidak lain dan tidak bukan, ialah langkah kerajaan untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan. Pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal yang mana, semakin tinggi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, semakin tinggi ganjarannya,” katanya pada pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara yang disiarkan secara langsung di TV1, Angkasapuri di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, pendidikan yang bermutu bermula dari prasekolah lagi untuk mengoptimumkan potensi diri, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, prasarana awam yang mencukupi dan pemilikan rumah yang selesa serta berkemampuan untuk berlindung dan membesarkan anak-anak.

Justeru, beliau berkata, rakyat mampu menilai pencapaian kedua-dua prakarsa ini melalui laporan tahunan dan laporan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. - BH

No comments:

Post a Comment