My Add

Wednesday 6 March 2013

Operasi susulan diteruskan - KPN

 *AGENSI penguatkuasa Maritim Malaysia melakukan rondaan serta mengetatkan
 kawalan di kawasan perairan berikutan kejadian serang hendap kumpulan
 penceroboh di Semporna, semalam.

LAHAD DATU, SELASA, 05 Mac, 2013: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment