My Add

Wednesday 27 March 2013

Pas Kelantan perlu beri penjelasan

 *RAIS Yatim (tengah) bersama tetamu kenamaan dan hadirin menikmati hidangan
 pada Program Jelajah Budaya di Dataran Balai Tok Janggut, Kampung Nering
 di Pasir Puteh, Kelantan, semalam. Turut kelihatan, Zawawi Othman (tiga dari
kiri). - utusan/Irwan Majid

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
PASIR PUTEH, SELASA, 26 Mac, 2013: Kerajaan Pas Kelantan perlu tampil menyelesaikan kemelut isu tanah dan Ladang Rakyat yang diberikan kepada syarikat swasta dari luar sehingga meminggirkan kepentingan rakyat negeri ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isu itu perlu diselesaikan dan diberikan penjelasan secara terperinci kepada rakyat.

Beliau berkata, laporan yang diterima menunjukkan tanah seluas lebih 687,965 hektar (1.7 juta ekar) telah diserahkan kepada syarikat korporat dari luar Kelantan dengan sejumlah bayaran tertentu.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment