My Add

Wednesday 27 March 2013

Bob Lokman mengaku dijadikan alat pancing undi

SHAH ALAM, SELASA, 26 Mac, 2013: Pelawak, pelakon dan penulis lirik yang kini menjadi aktivis Pas, Bob Lokman mengakui, penampilannya di pentas ceramah politik pembangkang selama ini untuk memancing kehadiran orang ramai.

Beliau atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman mendakwa, orang ramai yang hadir ke setiap ceramah politik Pas juga lebih tertarik untuk mendengar apa yang keluar dari mulutnya berbanding penceramah politik dari parti itu sendiri.

“Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.

“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment