My Add

Wednesday 20 March 2013

Pejabat Peguam Awam mohon pengikut Jamalul diikat jamin

MANILA, SELASA, 19 Mac, 2013: Pejabat Peguam Awam Filipina (PAO), ha
ri ini memohon kepada Mahkamah Cawangan 5, Tawi-Tawi supaya membenarkan 38 orang yang didakwa sebagai pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram, dibenarkan diikat jamin.

Ketua PAO, Persida Rueda Acosta berkata, mereka kini berada di Tawi-Tawi untuk memfailkan permohonan tersebut.

"Pihak kami juga meminta mahkamah agar mengarahkan Jabatan Kehakiman untuk melancarkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya, menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan.

Pengikut Jamalul Kiram seramai 38 orang itu kini ditahan di Tawi-Tawi, didakwa kerana mencetuskan perang dan memiliki senjata api secara haram ketika pilihan raya umum sedang diadakan. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment