My Add

Wednesday 27 March 2013

Pembangkang rencat pembangunan Kuala Lumpur - Nong Chik

PUTRAJAYA, SELASA, 26 Mac, 2013: Proses pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedikit sebanyak terganggu kerana majoriti kawasan Parlimennya diwakili pembangkang yang dilihat sengaja melengah-lengahkan sesuatu projek.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, mereka berbuat demikian bagi mewujudkan kelemahan dan kepincangan dalam tadbir urus kerajaan pusat dipimpin Barisan Nasional (BN).

"Ini termasuk mengenai Perbadanan Kampung Baru apabila pelbagai tentangan diberi ketika rang undang-undang mengenainya dibentang.

"Tetapi mereka tidak juga memberi sebarang langkah alternatif yang praktikal, hanya menentang atas dasar menentang," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 kementerian itu, di sini hari ini.

Katanya, perkara serupa berlaku di kawasan lain, sekali gus menyukarkan pengurusan dan pentadbiran Wilayah Persekutuan.

Sebanyak 914 warga kerja kementerian itu menerima anugerah hari ini iaitu 25 berkhidmat di kementerian sendiri, 753 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 69 di Perbadanan Putrajaya, 43 di Perbadanan Labuan, 22 daripada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta dua daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment