My Add

Saturday 2 March 2013

Pengurus tak mengaku pecah amanah

SHAH ALAM, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Seorang pengurus dana pelaburan Bank HSBC yang sedang hamil anak keempat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 21 pertuduhan pecah amanah melibatkan kerugian RM500,000, tiga tahun lalu.

Nik Ariza Nik Aris, 33, dari Pelangi Heights, Klang didakwa pecah amanah terhadap harta syarikat itu di Bank HSBC Amanah Malaysia Bhd., Bandar Baru Klang dekat sini antara 12 Mac 2010 dan 9 Mac 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Hadni Kamarudin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin dan memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam bela, Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili tertuduh pula memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya sudah berkahwin, mempunyai tiga anak dan sedang mengandung.

Menurut beliau, suami tertuduh bekerja sebagai pengurus logistik di sebuah syarikat automobil dengan pendapatan RM2,300.

Hakim Aslam Zainuddin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diperintah menyerahkan pasport miliknya kepada mahkamah sebagai syarat jaminan sementara menunggu sebutan kes pada 3 April ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment