My Add

Wednesday 27 March 2013

Percubaan 'pancing' bekas teman rapat Anwar makin rancak

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Sekumpulan individu yang dipercayai ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan usaha untuk 'memancing' bekas-bekas teman rapat Ketua Pembangkang itu agar membuat pusingan U sejak beberapa bulan lalu.

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mengakui beliau pernah dihubungi pihak yang digelar sebagai 'kumpulan Anwar Ibrahim' untuk berjumpa di satu lokasi yang telah ditetapkan.

Beliau difahamkan perjumpaan tersebut bertujuan untuk memujuknya kembali ke pangkuan PKR sekali gus menguatkan sokongan kepada Anwar.

"Saya tidak tahu berapa jumlah wang yang mungkin ditawarkan kerana saya tidak pernah melayan pujukan mereka.

"Namun, saya percaya taktik serupa digunakan terhadap individu-individu lain yang pernah rapat dengan Anwar termasuk bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment