My Add

Wednesday 27 March 2013

Perwakilan DAP dakwa dinafikan hak mengundi

 *TAN Tuat Tat (kanan) bersama G. Manimaran dalam sidang akhbar dakwaan
 dinafikan hak mengundi di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Seramai tiga perwakilan daripada DAP tampil mengemukakan bukti parti tersebut 'sengaja' tidak membenarkan mereka mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) hujung tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa DAP Taman Seri Sungai Pelek, G. Manimaran mendakwa, senarai empat perwakilan yang akan menghadiri Kongres DAP Kebangsaan lalu dari cawangan tersebut sudah dihantar kepada DAP Selangor pada Ogos 2012.

Katanya, perwakilan itu termasuk beliau, bekas Ketua Cawangan, Tan Tuan Tat, selain Penolong Setiausaha, Wong Yu Liuh dan ahli jawatankuasa, Ong Poh Teh.

"Senarai tersebut telah diiktiraf oleh DAP sebelum Tuan Tat meletak jawatan daripada cawangan kami. Selepas itu, kami tidak menerima apa-apa berita daripada DAP termasuk jemputan menghadiri kongres kebangsaan. Tiba-tiba sahaja cawangan kami dianggap seperti tidak wujud. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment