My Add

Wednesday 27 March 2013


DAP digesa tidak tuding jari

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: DAP diminta supaya berhenti menuding jari kepada pihak lain terhadap kesilapan mereka sendiri pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC, Tan Sri K.S. Nijhar berkata, DAP memberikan alasan wujudnya campur tangan politik sekiranya Pertubuhan Pendaftar (ROS) mengambil sebarang tindakan susulan terhadap parti itu.

Menurutnya, DAP harus telus dan bertanggungjawab terhadap kesilapan mereka daripada menyatakan pihak lain cuba campur tangan dalam isu tersebut.

“Sekiranya ROS bertindak membatalkan DAP atau tindakan lain, itu adalah kerana kesalahan parti itu dan bukan pihak lain.

‘‘ROS hanya bertindak menggunakan lunas undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pemilihan DAP pada akhir tahun lalu yang mencetuskan kontroversi apabila parti itu menarik balik keputusan yang diumumkan sebelum itu atas faktor kesilapan teknikal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment