My Add

Monday 4 March 2013

PKR didesak nyata pendirian laporan perisikan

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Mac, 2013: Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak menyatakan pendirian rasmi berhubung laporan agensi perisikan Filipina yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, dalam konteks itu, Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu menggalas tanggungjawab itu kerana dakwaan tersebut amat serius membabitkan soal menggadaikan kedaulatan negara.

“Wan Azizah juga perlu memberikan penjelasan sama ada betul atau tidak Naib Presidennya, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa ada pergi ke Filipina bulan lalu untuk bertemu pihak tertentu?

“Rakyat mahu tahu apakah tujuan pertemuan ini dan kaitannya dengan pencerobohan pihak asing di Lahad Datu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment