My Add

Sunday 3 March 2013

Polis gugurkan risalah amaran terakhir kepada penceroboh

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM dan ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
LAHAD DATU, SABTU, 02 Mac, 2013: Polis hari ini sekali lagi menggugurkan risalah kepada kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini, bagi memberi amaran terakhir supaya mereka menyerah diri dan meletakkan senjata.

Risalah dalam bahasa Inggeris dan Suluk itu berbunyi: "Lay Down Your Weapon. Surrender, surrender, surrender" (Letakkan senjata anda. Menyerah, menyerah, menyerah).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menegaskan bahawa sebarang tindakan yang akan dibuat selepas ini adalah yang telah disusun rapi antara polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menamatkan terus pencerobohan itu.

Menurut beliau, tindakan drastik akan diambil terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu sekiranya masih enggan mematuhi amaran itu.

"ATM mempunyai aset dan teknologi lebih canggih yang boleh membantu kita menyelesaikan perkara ini. Kita tidak boleh kata kumpulan ini lemah kerana mereka juga mampu mengorbankan anggota (pasukan) kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN  

No comments:

Post a Comment