My Add

Sunday 3 March 2013

Gagasan Aspirasi Wanita Muda dilancar
 
 *SEORANG peserta mengambil peluang bergambar dengan Shahrizat Abdul Jalil (dua dari kiri) pada majlis Gagasan Aspirasi Wanita Muda di Kuala Lumpur hari ini. Turut kelihatan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (tiga dari kiri). - UTUSAN

Oleh NOR AKMA ABDUL RASHID
KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Mac, 2013: Gagasan Aspirasi Wanita Muda yang dilancarkan hari ini memberi ruang kepada golongan itu menyuarakan impian dan harapan mereka kepada Perdana Menteri.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan (MPWK), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usaha itu dijayakan berikutan MPWK sentiasa prihatin dengan suara golongan wanita muda di negara ini.

Katanya, program ini bertujuan untuk memastikan masa depan wanita muda terjamin, impian mereka tidak ketinggalan dan memberi ruang serta tempat dalam bidang kerjaya mereka.

“Melalui program ini, pihak kami akan menjelajah ke seluruh negara dan memberi peluang kepada wanita muda menyatakan impian mereka sebelum diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tercapai," katanya selepas melancarkan program tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Jiwa Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin memberitahu, program tersebut dapat membantu wanita muda agar lebih yakin dengan diri sendiri untuk mencapai kejayaan.

“Saya harap program ini akan terus diperkembangkan di peringkat negeri-negeri dan mendapat sambutan yang baik daripada seluruh wanita muda di negara ini.

“Program ini mampu memberi manfaat kepada generasi wanita muda untuk maju," katanya.

Sempena pelancaran program tersebut, seramai 700 peserta terdiri daripada wanita muda telah menulis nota harapan masing-masing untuk disampaikan kepada Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment