My Add

Tuesday 12 March 2013

Polis Selangor berkas 2 suspek terlibat 20 kes samun

SHAH ALAM, ISNIN, 11 Mac -, 2013:olis Selangor percaya dapat menyelesaikan 20 kes samun di sekitar Lembah Klang dengan penangkapan dua lelaki pada awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek pertama berusia 22 tahun ditahan pada pukul 9 malam, 2 Mac lepas di Petaling Jaya manakala seorang lagi yang berusia 36 tahun diberkas di Taman Putera Damai, Lembah Subang pada pukul 2 pagi, 3 Mac.

Kedua-duanya diberkas oleh pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan suspek berusia 22 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya, polis percaya suspek terlibat dalam 16 kes samun berkumpulan di Petaling Jaya dan masing-masing satu kes di Subang Jaya, Ampang Jaya, Lembah Pantai dan Kepong.

Menurutnya seorang daripada mangsa ialah wartawan wanita akhbar berbahasa Cina yang kerugian RM32,000 selepas beg tangan dan kereta Perodua Myvinya dilarikan dua perompak bersenjatakan parang pada 25 Januari lepas.

Katanya, polis turut menemui semula kereta milik wanita berkenaan selain dua keping nombor pendaftaran kenderaan dan sebilah parang susulan penangkapan suspek.

Pada sidang media sama Adnan berkata, polis mengenal pasti cemburu sebagai antara motif dalam kes pembunuhan seorang lelaki Myanmar di Kondominium Kelana Puteri, Kelana Jaya, Sabtu lepas.

Beliau berkata, polis kini menjejaki rakan serumah si mati yang juga lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Phyo yang berusia awal 20-an.

Lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan mangsa yang terlibat dalam satu pergaduhan dengan si mati kerana kedua-dua mereka dipercayai menaruh hati pada wanita yang sama juga dari Myanmar.

Mangsa yang bekerja di sebuah restoran ditemui mati dengan kecederaan parah di leher dan tengkuk oleh majikannya yang datang mencarinya kerana tidak datang bekerja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment