My Add

Friday 22 March 2013

Projek saluran air mentah dari Pahang siap tahun depan

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Pembinaan projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor sepanjang 44.6 kilometer dijadual siap pada 30 Mei tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee berkata, projek itu bakal menyalurkan 1,890 juta liter air mentah sehari bagi memenuhi permintaan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya sehingga tahun 2025.

"Kerja-kerja pengorekan terowong yang dilancarkan pada 10 November 2010 kini telah 88 peratus asiap," katanya ketika pelancaran peringkat terakhir pengorekan terowong bagi penyaluran air mentah itu, di Sungai Congkak, Hulu Langat dekat sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment