My Add

Sunday 3 March 2013

Rais Yatim terima anugerah khas pada FFM25

PUTRAJAYA, AHAD, 03 Mac, 2013: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menerima Anugerah Pembela Seni dan Budaya Malaysia sempena Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi.

Anugerah itu disampaikan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam kepada beliau.

Rais dalam ucapan ringkasnya berkata, anugerah itu besar ertinya kepada beliau dan berharap semua pihak akan bersama-sama mengembangkan budaya dan seni.

Pada festival itu Bunohan dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan trofi disampaikan Rais kepada penerbit filem itu, Nandita Solomon.

Nandita yang melahirkan rasa gembira terhadap kemenangan itu berkata: “Ini satu contoh filem yang orang kata susah. Tapi akhirnya kita berdiri di sini."

Selain itu, Bunohan turut memenangi beberapa anugerah malam ini antaranya Cerita Asal Terbaik melalui Dain Iskandar Said, Pelakon Lelaki Terbaik melalui Faizal Hussein dan Pengarah Filem Terbaik yang dimenangi Dain Iskandar Said.

Filem Box Office pula dimenangi Ombak Rindu terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd./Tarantella Pictures Sdn. Bhd.

Anugerah Artis Sepanjang Zaman Wanita diraih Mariani Ismail manakala kategori sama untuk artis lelaki dimenangi Datuk Aziz Satar.

Maya Karin pula merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Ombak Rindu, manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Normah Damanhuri dalam filem Songlap dan Syafie Naswip yang juga pelakon dari filem yang sama memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

FFM25 yang dianjurkan Finas bertemakan ‘Merayakan Perak Mengilhamkan Emas’. - BERNAMA

Berikut adalah anugerah yang disampaikan malam ini:

Filem Box Office: Ombak Rindu (Astro Shaw Sdn. Bhd./Tarantella Pictures Sdn. Bhd.)

Penyunting Terbaik: Songlap (Wong Hui Lynn)

Cerita Asal Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)

Anugerah Artis Sepanjang Zaman Wanita: (Mariani Ismail)

Pelakon Harapan Wanita: Jojo Goh (29 Februari)

Pelakon Harapan Lelaki: Izzue Islam (29 Februari)

Lakon Layar Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)

Sinematografi Terbaik: Songlap (Haris Hue Abdullah)

Anugerah Artis Sepanjang Zaman Lelaki: Datuk Aziz Satar

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Normah Damanhuri (Songlap)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafie Naswip (Songlap)

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki: Manomaniam

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita: Lai Meng

Anugerah Khas Juri: Filem Vajrem

Pelakon Wanita Terbaik: Maya Karin (Ombak Rindu)

Pelakon Lelaki Terbaik: Faizal Hussein (Bunohan)

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn. Bhd.)

Pengarah Filem Terbaik: Dain Iskandar Said (Bunohan)

Anugerah Pencapaian Khas: Rhythm & Hues Studio

Filem Terbaik: Bunohan (Apparat Sdn. Bhd.)

Anugerah Pembela Seni dan Budaya Malaysia: Datuk Seri Dr Rais Yatim - UTUSAN

No comments:

Post a Comment