My Add

Friday 15 March 2013

Rogol warga AS: Polis tubuh pasukan khas

SHAH ALAM, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes samun dan rogol seorang guru Bahasa Inggeris warga Amerika Syarikat di kawasan Sungai Pelek, Sepang dekat sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, pasukan khas itu akan melakukan siasatan rapi agar kes tersebut segera diselesaikan.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya telah menahan seorang suspek berusia 47 tahun dan lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah ditahan pukul 5 pagi semalam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

"Kita sedang berusaha mengesan suspek-suspek lain yang terlibat," katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Menurut Mohd. Adnan, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 376 kanun yang sama kerana merogol. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment