My Add

Tuesday 19 March 2013

Serangan bom di utara Nigeria ragut 16 nyawa

KANO (Nigeria), SELASA, 19 Mac, 2013: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam letupan yang menggegarkan sebuah stesen bas di Kano, utara Nigeria hari ini.

Pegawai perubatan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seramai 16 orang maut manakala berpuluh lagi cedera, dimasukkan ke Hospital Pakar Murtala Muhammad selepas letupan berlaku.

Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan berkata, jumlah letupan tidak dapat dipastikan sama ada satu atau lebih.

Penduduk tempatan percaya serangan itu didalangi pemberontak kumpulan Boko Haram, yang melancarkan kempen pengeboman di seluruh utara Nigeria. - AP/BH

No comments:

Post a Comment