My Add

Wednesday 13 March 2013

Shabery Cheek tunggu laporan ACC

KEMAMAN, SELASA, 12 Mac, 2013: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sedang menunggu laporan berhubung dakwaan insiden lagu kebangsaan tidak dimainkan ketika negara memungut pingat emas pertama pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India.

Katanya, jika dakwaan ia berpunca daripada kelekaan pengurus mempunyai asas, tindakan tegas sewajarnya diambil.

"Saya harap perkara ini tidak benar kerana pengurus pergi untuk bantu atlet, bukannya mengambil kesempatan untuk melancong.

"Jika benar, dia sepatutnya dihantar pulang kerana ini sangat tidak bertanggungjawab dan memalukan negara sehingga didapati cuai untuk memainkan lagu kebangsaan apabila pelumba negara menaiki podium setelah menjuarai kejohanan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sepetang Ahli Parlimen Kemaman Bersama Tenaga Pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang dibuat oleh pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang meluahkan kekecewaannya menerusi laman sosial Twitter sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment