My Add

Friday 8 March 2013

Sokong kerajaan yang pelihara keamanan - PM

Oleh HELMI MOHD. FOAD
SABAK BERNAM, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus memberikan sokongan kuat kepada kerajaan bagi membolehkan sebarang isu keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara terus dipelihara.

Perdana Menteri berkata, sekiranya negara tidak aman, maka tidak mungkin semua perkara dapat dilakukan dan rakyat akan menghadapi kesusahan sebagaimana yang terjadi sekarang di Lahad Datu, Sabah.

"Dalam hal ini, alhamdulillah apabila kita dapati negara berdepan dengan ancaman, kita mempunyai kekuatan dan bersatu.

"Kerajaan mempunyai iltizam yang kuat dan dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara, kita tidak berkompromi walau seinci pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran program 1Malaysia Family Care, Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 di Politeknik Sultan Idris Shah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment