My Add

Friday 8 March 2013

BN teruji mampu pilih pemimpin layak jadi PM

TELOK KEMANG, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Barisan Nasional (BN) telah teruji sentiasa bersatu dalam memilih pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri, tidak seperti pembangkang apabila bercakaran sesama sendiri bagi merebut jawatan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam kalangan BN, tidak pernah timbul siapa yang lebih sesuai dan lebih layak kerana menerusi pengalaman yang luas, semua pihak tahu keputusan dibuat itu adalah terbaik.

"Kita tahu ini bukan baharu. Untuk sekian tahun saya fikir mereka (pembangkang) masih berdebat tentang soal itu.

"Mereka sendiri pun tidak yakin siapa antara mereka yang layak. Bergaduh sesama sendiri dan dalam muktamar Pas, ada kenyataan dalam kalangan pemimpin Pas yang tidak mengakui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Demikian juga daripada pemimpin DAP yang tidak mahu pemimpin Pas menjadi Perdana Menteri," ujar beliau.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Literasi peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Sri Rusa, Port Dickson dekat sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kata beliau, apa yang penting ketika ini adalah meyakinkan rakyat bahawa kerajaan BN berupaya untuk terus mentadbir negara.

"Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri pada waktu ini yang saya fikir berwibawa dan berkemampuan," ujar beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment