My Add

Sunday 3 March 2013

Terus pantau situasi di Lahad Datu untuk pastikan keselamatan pelancong

GEORGETOWN, AHAD, 03 Mac, 2013: Kementerian Pelancongan akan terus memantau keadaan di Sabah terutama di kawasan Lahad Datu untuk memastikan keselamatan pelancong, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata tumpuan utama Kementerian Pelancongan kini adalah untuk memastikan pemantauan terus dijalankan bagi menjamin keselamatan dan persepsi pelancong terhadap krisis di Lahad Datu.

"Kami (Kementerian Pelancongan) tidak menerima apa-apa aduan atau soalan daripada syarikat dan pejabat pelancongan di Sabah. Tidak ada kesan negatif buat masa sekarang kerana kawasan sempadan dijaga," katanya selepas merasmikan Karnival Mini Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai kesan negatif terhadap pelancongan di Sabah berikutan kejadian tembakan di Lahad Datu membabitkan kumpulan bersenjata rakyat asing.

Semalam Lembaga Pelancongan Sabah mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah selamat dan perniagaan dijalankan seperti biasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment