My Add

Friday 8 March 2013

Tian Chua tidak akan minta maaf

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Walaupun beratus-ratus laporan polis dibuat berhubung kenyataannya mengaitkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara UMNO', Tian Chua (gambar) tetap dengan pendirian enggan memohon maaf kepada UMNO.

Malah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menafikan beliau pernah membuat kenyataan tersebut meskipun turut dilaporkan dalam portal propembangkang KeadilanDaily.com.

Beliau juga bertegas menyifatkan dakwaan menghina pasukan keselamatan itu adalah fitnah dan pembohongan jahat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadapnya.

Dalam masa sama, beliau memberi amaran kepada penulis blog supaya berhenti menyiarkan berita palsu yang mendakwanya pernah berucap di Puchong dengan menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan sebagai 'Komando Mati Katak'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment