My Add

Friday 8 March 2013

Tidak perlu sidang khas Parlimen - Ibrahim Ali

 *IBRAHIM Ali berucap pada Himpunan Perkasa Pengkalan Chepa Hinakah
 Kami Menerima BR1M di Tapak UMNO Simpang 3, Pengkalan Chepa, Kota
 Bharu, malam semalam.

KOTA BHARU, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan sidang khas Parlimen untuk isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang diminta oleh pihak pembangkang, hanya membuang masa dan membazir wang rakyat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sidang khas tersebut tidak akan membawa sebarang erti kerana bakal menjadi medan untuk tuduh menuduh di antara pembangkang dan kerajaan sahaja.

Beliau berkata, apa yang lebih penting pada masa sekarang ialah kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja dan mengeluarkan kertas putih berhubung tragedi tersebut bagi menjelaskan apa yang berlaku. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment