My Add

Saturday 16 March 2013

Tindakan tatatertib serta-merta

 *KAKITANGAN Jabatan Pendaftaran Negara menderma untuk Tabung Wira
Negara pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 di Putrajaya, semalam.
Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman
LAHAD DATU, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah menghina pasukan keselamatan akan diambil tindakan tegas termasuk dikenakan tindakan tatatertib serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa menegaskan pihaknya langsung tidak akan berkompromi terhadap tindakan tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab itu.

"Nasihat saya kepada penjawat awam, jangan sebarkan maklumat palsu yang tidak sahih dan janganlah hendak cuba menjadi orang yang menyebarkan maklumat seperti ini," katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat tentang keadaan pencerobohan di Lahad Datu di sini hari ini - UTUSAN

No comments:

Post a Comment