My Add

Saturday 16 March 2013

Lagi bantahan terhadap Tian Chua

 *PENDUDUK tempatan dan wakil NGO mengadakan demontrasi secara aman
 mengutuk Tian Chua di hadapan Balai Polis Simpang Empat, Alor Setar, Kedah,
 semalam.

KUALA LANGAT, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Kemarahan masyarakat terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua belum reda apabila 200 orang mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid At-Taqwa di sini membantah kenyataan biadab pemimpin pakatan pembangkang itu berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Peserta demonstrasi yang diadakan selepas solat Jumaat itu menggesa kerajaan menyiasat dengan terperinci dalang kejadian di Lahad Datu dan Semporna sehingga mengakibatkan 10 anggota dan pegawai keselamatan terkorban ketika bertempur dengan pengganas.

Demonstrasi anjuran Majlis Belia Daerah Kuala Langat dengan kerjasama UMNO Bahagian Kuala Langat, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) itu turut menyaksikan 25 laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment