Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
SARIKEI, SABTU, 16 Mac, 2013: Rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya dengan mencetuskan keadaan porak-peranda adalah bertentangan dengan aspirasi majoriti rakyat negara ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau yakin suara majoriti rakyat negara ini mahukan keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan mereka.
Beliau menegaskan bahawa proses pilihan raya di negara ini adalah demokratik dan pembangkang tidak sepatutnya membuat rancangan mewujudkan situasi tidak tenteram.
"Kita (Barisan Nasional) boleh buat kerja, kita tiada niat jahat selain untuk membina negara dan apabila pembangkang menang di Pulau Pinang kita terima dan tidak buat kacau tetapi mereka datang ke Kuala Lumpur untuk berdemonstrasi.
"Ini untuk apa, pembangkang tadbirlah negeri (yang sudah menang), Selangor pun tiada air, Kelantan pun ada masalah, jangan buat macam-macam kacau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan merasmikan Program Bantuan Rumah (PBR) di Rumah Panjang Pitre Ambit, Tinting Mawan di sini hari ini.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untukmenimbulkan huru-hara pada hari pengundian dan kemudiannya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment