My Add

Sunday, 17 March 2013

Negara tidak bangkrap di bawah BN sejak 56 tahun lalu

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY dan ZULHISHAM ISAHAK
PAGOH,SABTU, 16 Mac, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara sudah lama bangkrap jika Barisan Nasional (BN) gagal dalam mentadbir dan menguruskan ekonomi sejak merdeka 56 tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini dibuktikan dengan simpanan negara yang kini berjumlah RM400 bilion selain kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga meningkat sehingga RM180 bilion pada tahun lalu.

"Tahun ini sahaja Perdana Menteri kata sudah kutip RM125 bilion dan dijangka melebihi kutipan tahun lalu. Kalau kerajaan BN tidak bijak uruskan negara sudah lama kita hancur, sudah lama bangkrap dan runtuh sistem ekonomi negara.

"Jadi kita nak tangkis apa, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kata kita akan bangkrap tidak lama lagi kerana beri Bantuan Rakyat 1Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hello Komoditi di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, ini berbeza dengan tindakan pembangkang mengeluarkan manifesto yang boleh menjadikan negara bangkrap kerana janji-janjinya tidak dapat ditunaikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment