My Add

Thursday 14 March 2013

Wan Azizah perlu jawab tuduhan suami subahat

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Mac, 2013:residen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak supaya melepaskan jawatan parti jika gagal menjawab pelbagai tuduhan dan dakwaan yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, laporan media asing mendakwa Anwar mempunyai kaitan dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, namun sehingga kini Wan Azizah hanya membisu dan tidak bertindak mempertahankan suaminya itu.

Menurutnya, Wan Azizah kini dilihat bersendirian tanpa sokongan mana-mana pemimpin PKR lain dan faktor tersebut menjadi punca beliau gagal menjawab pelbagai tuduhan terhadap Anwar.

"Beliau sebagai Presiden PKR perlu tampil menjawab tuduhan media asing itu. Beliau tidak boleh berterusan bersikap membisu, jika tidak beliau perlu meletakkan jawatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment