My Add

Saturday 16 March 2013

Yayasan Felda salur RM22j bantu baiki rumah

TELOK KEMANG, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Yayasan Felda memperuntukkan sebanyak RM22 juta bagi membaiki rumah-rumah yang berhampiran tanah rancangan Felda di seluruh negara sejak Jun tahun lalu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, peruntukan fasa pertama di bawah program Baiki Rumah itu akan disalurkan kepada pemohon yang layak sehingga Jun tahun ini.

''Dalam fasa pertama itu, kita menyasarkan untuk membaiki sebanyak 4,000 unit rumah namun sehingga kini, kita telah berjaya membaiki sebanyak 4,500 unit rumah.

''Kita mungkin mampu untuk membaiki 5,000 buah unit di bawah fasa pertama yang masih mempunyai baki tiga bulan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia dalam Program 1Malaysia peringkat Dewan Undangan Linggi dekat sini hari ini.

Jelasnya, penduduk yang berada di kawasan berhampiran tanah rancangan Felda yang ingin membaiki rumah mereka boleh memohon kepada pemimpin setempat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment